Google

Malaysia Latest Stock Market

Thursday, March 26, 2009

TheStar Report: EPF declares 4.5% dividend for 2008

Malaysians read with mixed feelings about the recent news on EPF dividends. TheStar reported, "EPF declares 4.5% dividend for 2008". What's your opinion?

Here is the full report -

The Employees’ Provident Fund (EPF) Board declared a 4.5% dividend yesterday for its members, blaming the lower rate of returns on the global economic crisis.

However, despite the financial meltdown, EPF recorded its highest ever earnings of RM20bil in gross income last year, up 9.36% from the RM18.29bil recorded previously.

“While last year was challenging due to the unprecedented global financial crisis that has impacted economies worldwide, EPF’s investment portfolio for the year performed better at the gross income level compared to 2007.

“But due to the sharp decline in the equity markets, a large provision has to be made, resulting in marked reduction in net income,” said its chairman Tan Sri Samsudin Osman.

The dividends will be credited into members’ accounts on March 23.


----------------------------------------------------------------------------------------------

And here is the Bahasa translation -

KWSP Isytihar Dividen 4.50% Bagi 2008

Catat Pendapatan Kasar Tertinggi RM20 bilion di Sebalik Krisis Kewangan

Lembaga Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini dengan kelulusan Menteri Kewangan mengisytiharkan kadar dividen 4.50 peratus bagi tahun 2008. Kadar dividen yang lebih rendah berbanding 2007 disebabkan peningkatan peruntukan rosot nilai pelaburan kesan penurunan mendadak harga pasaran ekuiti global yang dicetuskan oleh krisis kewangan dunia.

Di sebalik krisis kewangan itu, KWSP mencatatkan pendapatan kasar tertinggi pernah dicapai sebanyak RM20 bilion pada tahun 2008, meningkat 9.36 peratus berbanding pendapatan kasar tahun sebelumnya sebanyak RM18.29 bilion.

Pengerusi KWSP, Tan Sri Samsudin Osman berkata, “Walaupun 2008 merupakan tahun yang mencabar berikutan krisis kewangan global yang telah memberikan kesan negatif kepada ekonomi dunia, portfolio pelaburan KWSP dari segi pendapatan kasar telah menunjukkan prestasi lebih baik berbanding 2007. Bagaimanapun, ekoran kejatuhan menjunam nilai pasaran ekuiti, sejumlah besar peruntukan rosot nilai pelaburan perlu dibuat yang menyebabkan penurunan ketara pendapatan bersih.”

Pendapatan bersih pada 2008 ialah RM14.26 bilion selepas ditolak peruntukan rosot nilai ekuiti dan hutang ragu, bayaran dividen untuk pengeluaran, perbelanjaan pelaburan, perbelanjaan operasi dan bayaran manfaat kematian serta hilang upaya. Ini merupakan penurunan 15.47 peratus berbanding pendapatan bersih 2007 sebanyak RM16.87 bilion.
Ekuiti masih merupakan antara penyumbang terbesar kepada pulangan KWSP pada 2008, mewakili 34.82 peratus daripada jumlah pendapatan pelaburan kasar KWSP. Ekuiti memberikan pulangan kedua terbesar kepada KWSP sebanyak RM6.67 bilion pada 2008 berbanding RM5.37 bilion pada 2007.

“Sehingga September tahun lepas, KWSP telah menunjukkan prestasi yang baik dalam ekuiti. Bagaimanapun, berikutan krisis kewangan dunia, prestasi pelaburan ekuiti KWSP jatuh kurang daripada 20 peratus, seterusnya memberikan kesan kepada bayaran dividen. Bagaimanapun, prestasi KWSP adalah lebih baik berbanding dengan indeks komposit Bursa Malaysia yang merosot kira-kira 40 peratus dari akhir Disember 2007 hingga Disember 2008,” kata Tan Sri Samsudin.

Kesan daripada penurunan ketara dalam harga ekuiti global dan polisi peruntukan rosot nilai yang konservatif selaras dengan amalan terbaik perakaunan, KWSP telah memperuntukkan sebanyak RM4.69 bilion pada 2008 untuk rosot nilai pelaburan ekuiti dalam dan luar negara, berbanding hanya RM0.52 bilion pada 2007. Daripada jumlah peruntukan 2008, sebanyak RM3.20 bilion diperuntukkan untuk ekuiti luar negara.

“KWSP telah melabur dalam syarikat yang mempunyai asas kukuh dan kami yakin peruntukan ini akan dimasukkan semula ke dalam akaun apabila ekonomi kembali pulih,” kata Tan Sri Samsudin.

Pinjaman dan Bon merupakan penyumbang terbesar pendapatan kasar pada 2008 mencatatkan pulangan RM6.78 bilion berbanding RM5.91 bilion pada tahun 2007, manakala Sekuriti Kerajaan Malaysia, penyumbang ketiga terbesar pendapatan, memperoleh pulangan RM4.94 bilion berbanding RM4.88 bilion pada tahun sebelumnya.

Setakat 31 Disember 2008, jumlah keseluruhan dana pelaburan KWSP meningkat sebanyak RM28.99 bilion kepada RM342.00 bilion berbanding RM313.01 bilion pada 2007. Dana ini dilaburkan dalam instrumen seperti yang diperincikan.

Pada 2008, KWSP memerlukan RM3.18 bilion untuk membayar satu peratus dividen berbanding hanya RM2.89 bilion pada 2007 disebabkan bilangan ahli yang bertambah. Ini bermakna KWSP memerlukan lebih 9.71 peratus lagi pendapatan bagi mengisytiharkan satu peratus dividen pada 2008 berbanding tahun sebelumnya.”.

Dividen akan dikreditkan ke dalam akaun ahli pada 23 Mac 2009.

“KWSP bersedia menghadapi tahun 2009 yang lebih mencabar kesan daripada krisis kewangan global yang masih berterusan. Bagaimanapun, KWSP yakin di sebalik setiap krisis, masih wujud peluang yang boleh dimanfaatkan. Apa yang penting adalah KWSP perlu sentiasa berhati-hati dan terus berusaha memberikan pulangan untuk faedah semua ahli melalui strategi pelaburan yang berhemah,” kata Tan Sri Samsudin.

Mengenai Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) adalah dana pencen terulung di Malaysia yang menyediakan jaminan asas kewangan bagi persaraan. KWSP sentiasa komited dalam menjamin dan meningkatkan simpanan ahlinya melalui amalan terbaik pelaburan dan tadbir urus korporat. Langkah berhemah sentiasa menjadi panduan dalam setiap keputusan pelaburannya.

Sebagai sebuah organisasi yang berfokuskan pelanggan, KWSP memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan untuk keselesaan ahli dan majikan berdaftar.

KWSP akan terus memainkan peranannya sebagai pemangkin kepada pembangunan ekonomi negara, selaras dengan kedudukannya sebagai institusi simpanan terkemuka di Malaysia. Tarikh: 16 Mac 2009

Payroll Jokes

Payroll Jokes
"The wages of sin is death. . . ."
Sure don't want any overtime on that project.



Political Jokes

How Government Works

Once upon a time the government had a vast scrap yard in the middle of a desert.

Congress said," Someone may steal from it at night." So they created a night watchman position and hired a person for the job.

Then Congress said," How does the watchman do his job without instruction?" So they created a planning department and hired two people, one person to write the instructions, and one person to do time studies.

Then Congress said," How will we know the night watchman is doing the tasks correctly?" So they created a Quality Control department and hired two people. One to do the studies and one to write the reports.

Then Congress said," How are these people going to get paid?" So they created the following positions, a time keeper, and a payroll officer, then hired two people.

Then Congress said," Who will be accountable for all of these people?" So they created an administrative section and hired three people, an Administrative Officer, Assistant Administrative Officer, and a Legal Secretary.

Then Congress said," We have had this command in operation for one year and we are $18,000 over budget, we must cutback overall cost." So they laid off the night watchman.

A Letter from the Automated Payroll Processing System

To: Employee
From:
Automated Payroll Processing System
Date: January 4, 2010
Subject: Vacation Pay

Dear Valued Employee:

Our records indicate that you have not used any vacation time over the past 100 year(s). As I'm sure you are aware, employees are granted 3 weeks of paid leave per year or pay in lieu of time off. One additional week is granted for every 5 years of service.

Please either take 9,400 days off work or notify our office and your next pay check will reflect payment of $8,277,432.22 which will include all pay and interest for the past 1,200 months.

Sincerely,

Your Automated Payroll Processing System


Tuesday, March 3, 2009

Malaysia-Payroll Software Most Widely Used in Malaysia

Malaysia-Payroll Software Most Widely Used in Malaysia
Malaysia-Payroll Software Most Widely Used in Malaysia
Malaysia-Payroll Software Most Widely Used in Malaysia

Malaysia Payroll